Ermmm..takpa
- July 2nd, 2010
- By admin
- Write comment
Salam…
Dah lama aku tak update blog ni. Tetiba pagi ni rasa mcm nak membloging lak. Kali ni aku nak kongsi skit pendapat aku pasal pekara yg selalu jadi kat masyarakat kita ni. Masalah ‘tak apa’ orang kita ni dah semakin teruk tanpa sebab.
“Ala..lulus exam ja pun takpa”
“Takpa..nanti dia mesti buatkan kita keja tu”
“Takpa..kita amik skit ja makanan dia”
“Eh..takpa kot kita antar assignment ni lambat skit”
dan macam2 lagi ayat yg guna keyword yg sama iaitu ‘takpa’. Aku pun pening gak pkir napa jadi camni. Sedangkan Tun Mahathir pun pening dengan sikap orang kita yg slalu ambil mudah setiap pekara.
Yang hairannya..bila org nak bg duit ke, benda free ke…tak plak cakap “takpa la..”. Ini la Melayu skarang..smuanya nak benda mudah tp takmau usaha bersusah payah.
Kadang2 kita guna “takpa” tu tak sesuai sangat ngn keadaan contohnya bila kita org kena ragut atau rompak..kita cakap “takpa..janji bukan kita yg kena”. haishhh..sedih btul.
Kadang2 nak tegur kesalahan org pun kita rasa “takpa la, biarla dia camtu. kang tegur dia marah lak”.
Harap2 Tun Mahathir dpt pkirkan camna nak ubah mentaliti masyarakat Malaysia yg ‘takpa’ ni. Harap2 Allah beri pentunjuk kepada kami hamba2 Mu yg sering lupa. Amin






